AMERIKA Syarikat (AS) telah menahan lebih daripada 10,000 ahli kumpulan “gengster antarabangsa” sepanjang tahun ini, termasuk lebih daripada 2,000 ahli MS-13 yang disebut-sebut sebagai ancaman kepada Presdien Donald Trump, kata pihak berkuasa imigresen.
Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam (ICE) berkata ia juga telah mengusir lebih daripada 5,800 suspek ahli kumpulan gengster, sehingga sembilan peratus pada 2017. Seramai 1,300 daripada jumlah itu ada kaitan dengan MS-13 yang beroperasi di AS dan Amerika Tengah.
Dalam satu kenyataan, ICE juga berkata lebih 820 senjata api dan lebih daripada 2.7 tan dadah telah dirampas.
Kumpulan Mara Salvatrucha adalah kumpulan yang disasarkan Jabatan Kehakiman AS (DoJ) pada tahun lepas.
Kumpulan itu ditubuhkan oleh warga El Salvador yang melarikan diri dari perang di negara itu ke Los Angeles pada 1980-an. Ia merupakan salah satu daripada beberapa kumpulan di sebalik keganasan kejam di Segitiga Utara yang terdiri daripada El Salvador, Guatemala dan Honduras.
Mara Salvatrucha masih aktif di AS. Tetapi menurut ose Miguel Cruz, penyelidik di Universiti Antarabangsa Florida, hampir 10,000 anggota kumpulan itu hanya membentuk sebahagian kecil daripada 1.4 juta anggota gengster yang aktif di AS.
“Trump hanya melebih-lebih mengenai bahaya yang ditimbulkan oleh kumpulan itu di AS,” tulis Cruz di Washington Post pada Januari lepas. – AFP, 21 Disember, 2018.
Komen