2 penggodam didakwa, China tuduh AS ‘menipu fakta’


China berkata AS sepatutnya menggugurkan pendakwaan terhadap dua warganegara yang dituduh penggodam bagi mengelak kerosakan serius terhadap hubungan antara dua negara. – Gambar fail AFP, 21 Disember, 2018.

BEIJING menuduh Washington “mengada-adakan fakta” selepas Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) mendakwa dua penggodam warga China yang dikaitkan dengan khidmat keselamatan negara Asia, yang didakwa menyasarkan syarikat dan agensi di berpuluh negara.

Kami menggesa AS berhenti “mencemari China berkenaan isu keselamatan siber”, kata Kementerian Luar China dalam satu kenyataan, menambah ia sudah membuat laporan bantahan rasmi.

China berkata AS sepatutnya menggugurkan pendakwaan itu bagi mengelak kerosakan serius terhadap hubungan antara dua negara.

Beijing menuduh Washington “mengalihkan salah” dan meneruskan serangan godam terhadap negara lain.

“Sudah lama ia menjadi rahsia terbuka bagi jabatan tertentu di AS untuk mengadakan jaringan tersusun berskala besar mencuri dan memantau aktiviti terhadap kerajaan luar, syarikat dan individu,” katanya dalam kenyataan itu, memetik jurucakap kementerian Hua Chunying.

DoJ berkata kumpulan penggodam itu bekerja untuk syarikat yang disasarkan yang membantu syarikat lain menguruskan sistem teknologi maklumat mereka – berpotensi memberi penyerang masuk ke dalam jaringan komputer berpuluh-puluh syarikat.

Kerajaan Barat termasuk sekut AS, Britain dan Australia menuduh Beijing melakukan serangan siber. – AFP, 21 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen