Setiausaha pertahanan AS letak jawatan


Jim Mattis meletak jawatan setiausaha pertahanan AS semalam selepas Presiden Donald Trump menarik balik pasukan tentera AS dari Syria. – Gambar EPA, 21 Disember, 2018.

SETIAUSAHA Pertahanan Amerika Syarikat (AS) Jim Mattis meletak jawatan semalam selepas Presiden Donald Trump dikecam di luar dan dalam negara susuan keputusan mengejutnya menarik balik pasukan tentera AS dari Syria.

Trump berkata arahan balik terhadap kira-kira 2,000 tentera dari Syria dibuat suuslan AS tidak lagi menjadi “polis Timur Tengah” dan bertegas mengatakan gerakan Islamic State sudah ditewaskan.

Mattis, seorang jeneral bersara dilihat sebagai mengambil langkah sederhana terhadap arahan presiden yang sering mengelirukan, dan jarang menyembunyikan rasa tidak bersetujunya terhadap Trump.

“Kerana anda berhak mempunyai setiausaha pertahan yang pandangannya sama dengan anda,” katanya dalam surat kepada Trump.

“Saya percaya lebih baik untuk saya meletak jawatan.”

Mattis memuji gabungan yang berusaha menewaskan Islamic State dan mempertahankan NATO, sekutu tentera antara Amerika Utara dan Eropah, di mana Trump yang juga ahli perniagaan sebelum menjadi presiden, sering mempertikaikan keberkesanan kos dalam operasi itu. – AFP, 21 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen