5 mati, 8 hilang insiden lombong meletup di Czech


Anggota penyelamat bersiap sedia dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa letupan di sebuah lombong arang batu di timur Republik Czech semalam. – Gambar EPA, 21 Disember, 2018.

SEKURANG-KURANGNYA lima mati, kira-kira 10 yang lain cedera manakala lapan lagi masih hilang dalam insiden letupan gas di lombong arang batu di timur Republik Czech semalam.

“Kemalangan itu berpunca daripada pembakaran metana di sebahagian kawasan di lombong itu, kira-kira jam 4.16 petang waktu tempatan,” kata jurucakap syarikat perlombongan OKD Ivo Celechovsky.

“Kami dapat sahkan lima pelombong meninggal dunia kerana cedera parah. Lapan masih hilang dan 10 lagi cedera.

“Kami perlu tunggu kerja menyelamat selesai terlebih dulu.”

Katanya, semua mangsa yang maut berasal dari Poland, daripada syarikat perlombongan berpangkalan di sana.

Kemalangan itu berlaku di lombong CSM di bandar Karvina, kira-kira 300km timur Prague. – AFP, 21 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen