SEBELAS orang pendatang haram ditemui mati dalam sebuah bot di perairan Sepanyol, bersama 33 pendatang yang terselamat, kata pengawa pantai negara itu pada Khamis.
Jurucakap pengawal pantai memberitahu AFP, pasukan penyelamat membawa kesemua pendatang, yang datang dari kawasan sub-Sahara Afrika, ke pelabuhan Almeria, Sepanyol.
Menurutnya, pasukan penyelamat mencari bot berkenaan selama dua hari di lautan antara selatan Andalusia dan utara Maghribi.
“11 orang ditemui mati dalam bot berkenaan dan 33 orang masih hidup”—empat wanita dan 29 lelaki, katanya.
Tidak dapat dipastikan sama ada terdapat pendatang bawah umur antara mereka yang terselamat dan yang mati.
Pengawal pantai masih lagi mencari tiga lagi bot di kawasan yang sama, setiap satunya membawa antara 50 dan 55 orang pendatang.
Sepanyol menjadi titik utama kemasukan ke Eropah oleh pendatang haram, yang menuju ke Greek dan Itali.
Organisasi Antarabangsa untuk Pendatang menyatakan leboh 55,000 pendatang tiba di Sepanyol melalui laut tahun ini, dan 744 terbunuh dalam cubaan itu. – AFP, 20 Disember, 2018
Komen