Senat AS lulus RUU kecemasan elak tutup pentadbiran


Pemimpin Majoriti Senat Mitch McConnell berkata langkah itu akan membiayai operasi biasa kerajaan sehingga 8 Februari depan - membolehkan Washington mengelak penutupan beberapa pejabat persekutuan sepanjang cuti Krismas minggu depan. – Gambar EPA, 20 Disember, 2018.

SENAT Amerika Syarikat (AS) malam tadi meluluskan rang undang-undang (RUU) perbelanjaan kecemasan jangka pendek bagi menghalang penutupan pentadbiran.

Bagaimanapun, ia tidak termasuk dana yang diminta oleh Presiden Donald Trump untuk tembok sempadan AS-Mexico.

Pemimpin Majoriti Senat Mitch McConnell berkata langkah itu akan membiayai operasi biasa kerajaan sehingga 8 Februari depan - membolehkan Washington mengelak penutupan beberapa pejabat persekutuan sepanjang cuti Krismas minggu depan.

RUU itu perlu dikemukakan di Dewan Perwakilan dan ditandatangani oleh Trump sebelum tengah malam esok. 

Pemimpin-pemimpin Republikan dan Demokrat sebelum ini memberi isyarat bahawa langkah sementara itu akan sampai ke meja presiden.

Pegawai di White House memberitahu media AS yang Trump akan menandatangani RUU tersebut.

Bagaimanapun, ia dilihat sebagai tanda kekalahan bagi Trump yang memohon dana baru bernilai AS$5 bilion (RM20 billion) bagi pembinaan tembok sempada AS-Mexico yang menurutnya akan mengekang kemasukan pendatang haram.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen