Pemimpin Sarawak, Sabah bidas kenyataan 'medan dakwah' Maszlee


Desmond Davidson Jason Santos

Sekumpulan ibu bapa Orang Ulu di Baram memprotes terhadap Menteri Pendidika Maszlee Malik susulan kenyataannya menggesa guru berdakwah di Sabah dan Sarawak. – Gambar Ihsan Peter Kallang, 20 Disember, 2018.

MENTERI Pendidikan Maszlee Malik sekali lagi dikecam hebat, kali ini daripada ahli politik kedua-dua pihak selepas mengeluarkan kenyataan menggesa guru agama di Sabah dan Sarawak agar menjadikan dua negeri itu sebagai pusat terbaru penyebaran Islam.

Mereka menyifatkan Maszlee tidak tahu tentang Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)apabila ia melibatkan hal agama dan mengecamnya kerana menggunakan penjawat awam untuk bertindak sebagai “jurujual agama”.

Susulan kritikan pemimpin gereja Sarawak terhadap Maszlee, ahli politik juga menuntut agar Putrajaya berhenti menggunakan penjawat awam bagi menjalankan sebarang bentuk Islamisasi di sekolah Sabah dan Sarawak.

Naib Presiden Wanita PKR Kebangsaan, Voon Shiak Ni melangkah lebih jauh dan menuntut agar Maszlee menarik balik “kenyataan tidak sensitif” itu.

Pada 11 Disember, ketika menjawab pertanyaan di Parlimen, Maszlee meminta guru agama dari Kelantan, Trengganu dan Kedah mengajar di Sabah dan Sarawak untuk menjadikan ia negeri baru bagi penyebaran Islam.

Voon berkata Maszlee perlu sedar kenyataannya itu bukan sahaja tidak disenangi penduduk Sarawak kerana ia “bertentangan dengan kehendak majoriti penduduk Sarawak yang bukan Islam tetapi ia juga menentang Perlembagaan persekutuan dan MA63.

“Saya ingin mengatakan adalah lebih bijak bagi Maszlee untuk menarik balik kenyataan itu sebelum ia mencetuskan ketegangan agama dan mengganggu keamanan serta keharmonian di kalangan rakyat di sini,” katanya.

“Berhati-hati dengan apa yang akan anda katakan dan mesej yang anda hantar kepada rakyat dan berfikir dengan teliti mengenai kepelbagaian budaya dan kaum Sarawak.”

Ketua Biro Pendidikan Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko), Dr Lucas Umbul bersetuju dengan konsensus umum bahawa sistem sekolah tidak seharusnya digunakan untuk mendakwahkan orang bukan Islam.

“Ia sepatutnya membantu perkembangan karakter murid yang datang dari pelbagai kepercayaan,” kata Umbul yang kecewa terhadap gesaan Maszlee untuk menjadikan Sabah dan Sarawak “medan dakwah” itu. – 20 Disember, 2018.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen