Obama jadi Santa raikan pesakit kanak-kanak


Bekas presiden AS Barack Obama memakai topi Santa dan seguni hadiah ketika melakukan kejutan melawat pesakit di hospital kanak-kanak di Washington. – Gambar AFP, 20 Disember, 2018.

BEKAS presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama menjadi Santa semalam dalam satu kunjungan mengejut di hospital kanak-kanak di Washington.

Dengan memakai topi Santa dan membawa karung hadiah di bahunya, beliau menghiburkan pesakit kanak-kanak dengan hadiah dan pelukan.

“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua,” katanya kepada kakitangan hospital yang menyambut kedatangannya dengan ceria.

“Kami berpeluang berbual dengan beberapa kanak-kanak di sini dan keluarga mereka.

“Sebagai bapa kedua dua anak perempuan, saya tak mampu bayangkan situasi yang terpaksa dihadapi jururawat, doktor dan keluarga kesayangan pesakit,” katanya.

Presiden ke-44 AS itu masih menetap di Washington, di mana tahun lalu beliau berpakaian seperti Santa dan melawat kanak-kanak di sebuah sekolah rendah di ibu kota itu. – AFP, 20 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen