AHLI paleontologi Argentina pada Rabu mempamerkan replika rangka dinosaur reptilia laut plesiosaur berusia 65 juta tahun yang ditemui di tasik Patagonia pada 2009.
“Kami mengusahakannya sejak 2009 hingga kini untuk membersihkan fosil daripada batu di sekelilingnya, membinanya semula dan menggantungkannya di dewan muzium,” kata ahli paleontologi Fernando Novas daripada Bernardino Rivadavia Natural Science Museum di Buenos Aires memberitahu AFP.
Fosil reptilia laut yang terdapat dalam batu zaman Cretaceous terletak berhampiran selatan bandar El Calafate, 2,800 kilometer (1,700 km) dari Buenos Aires.
Rangka plesiosaur ini adalah yang paling lengkap djumpai di Argentina dan ditemui dalam batu yang tenggelam di Tasik Argentino di kaki pergunungan Andes.
“Ia kira-kira 50 sentimeter (1.64 kaki) di bawah air dan sebahagian daripada tasik terpaksa dikeringkan untuk mengeluarkan batu itu,” kata saintis Marcelo Isasi.
Empat tan batu terpaksa dikeluarkan bagi mengeluarkan fosil yang hanya ditemui 500 meter (1,640 kaki) dari lapangan terbang antarabangsa.
Plesiosaur adalah reptilia marin besar yang hidup di laut dengan leher panjang, kepala kecil dan gigi yang tajam.
Ia adalah era sebelum Andes wujud dan ketika Argentina Patagonia berada di bawah air.
Fosil itu berukuran sembilan meter panjang dengan setiap sirip berukuran 1.3 meter. – AFP, 20 Disember, 2018.
Komen