AS sedia undur tentera dari Syria 


Kini terdapat kira-kira 2,000 anggota tentera Amerika Syarikat di Syria.– Gambar EPA, 19 Disember, 2018

AMERIKA Syarikat sedia mengundurkan tenteranya dari Syria, lapor media AS pada Rabu,  yang merupakan satu langkah besar yang menimbulkan persoalan berhubung peranan Amerika di rantau itu. 

Pegawai pertahanan AS memberiahu CNN, AS sedang merancang untuk mengeluarkan tentera besar besaran. Wall Street Journal melaporkan langkah itu akan bermula dari timur laut Syria. 

Pentagn bagaimanapun enggan mengulas lanjut. Ketika ini terdapat kira-kira 2,000 anggota tentera AS di Syria. – AFP, 19 Disember, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen