PERTIKAIAN dalaman antara dua kumpulan dalam PKR Sabah mencapai kemuncak apabila satu pihak menuduh pihak lain tidak setia kepada presiden parti Anwar Ibrahim.
Pertikaian yang bermula sejak pemilihan parti itu berakhir adalah mengenai jawatan ketua PKR negeri berkenaan.
Anwar pada Jumaat lalu memutuskan untuk mengekalkan Christina Liew sebagai ketua parti di negeri itu selepas berunding dengan dengan semua 26 ketua cabang pada 9 Disember dalam proses undi rahsia.
Ini menyebabkan kumpulan yang diketuai oleh ahli majlis tertinggi PKR Rahimah Majid, yang melobi untuk Liew digantikan oleh ketua PKR Tawau Kong Hon Ming.
Rahimah berkata Anwar memilih orang kesukaannya dan Liew tidak dilantik secara demokratik.
Liew, yang sebelum ini menolak cubaan untuk menjatuhkannya, akhirnya menyelar kumpulan berkenaan.
Beliau berkata, mereka yang membantah pelantikannya tidak menghormati keputusan presiden.
Liew juga merujuk kepada memorandum yang ditandatangani oleh 15 ketua cabang Sabah yang mengesahkan kepimpinannya di negeri itu.
“Pada mulanya saya enggan diheret ke dalam perkara ini, namun mereka nampaknya semakin melampau.
“Presiden sudah buat keputusan, tetapi mereka masih secara berterusan menyerang presiden dan mempersoalkan beliau,” katanya pada sidang media di Kota Kinabalu hari ini.
Turut hadir pada sidang media itu 12 ketua cabang yang menyokong pelantikan semula Liew.
Mereka adalah Ketua Cabang Kota Belud, Mustapha Sakmut, Kota Marudu, Sazalye Denol, Putatan, Awang Husairi Sahar, Sipitang, Wendy Agong, Keningau, Sangkar Rasam, Semporna, Mohd Amin Abdul Mem, Batu Sapi, Anne Alsali, Kinabatangan, Azmi Datu Tamboyong, Kimanis, Awg Duramin Tafa, Labuan, Samsudin Sidek, dan Papar, Dorothy Tiansun.
Dua lagi ketua cabang yang menandatangani memprandum berkenaan – Kenny Chua (Penampang) dan Raymond Ahuar (Pensiangan) – bagaimanapun tidak hadir.
Dua hari lalu, Rahimah berkata undian ketua cabang Sabah untuk keua parti negeri itu diganggu.
Katanya, Liew hanya mendapat 11 undi manakala tiga undian pergi kepada Ketua Cabang Putatan Awang Husairi dan 12 undian kepada Kong.
Awang Husairi, yang juga ahli Parlimen Putatan, menyatakan beliau tidak mengundi untuk diri sendiri, sebaliknya mengundi Liew pada 9 Disember.
Rahimah menuntut presiden PKR menarik balik pelantikan semula Liew, dan mendakwa beliau tidak dilantik secara demokratik untuk jawatan itu oleh Anwar.
Di bawah perlembagaan parti, presiden PKR mempunyai kuasa untuk melantk ketua negeri keputusan yang mesti dibuat dengan rundingan bersama semua ketua cabang.
Liew tidak menyatakan sama ada beliau akan menyelesaikan krisis berkenaan sebaliknya menjelaskan 11 ketua cabang yang menolak pelantikannya akan dijemput apabila beliau menubuhkan majlis negeri tidak lama lagi.
“Saya akan jemput mereka kerana saya mahu ketepikan hal yang lepas. Ia bukan masanya untuk berpolitik tetapi untuk bekerja,” katanya. – 19 Disember, 2018
Komen