JEPUN merancang untuk mewajibkan ujian alkohol ke atas juruterbang, kata pihak berkuasa pada Rabu, berikutan beberapa siri kes peenanguhan penerbangan kerana juruterbang mabuk dalam pesawat penumpang Jepun.
Langkah itu dibuat selepas pembantu juruterbang syarikat penerbangan Jepun, Japan Airlines ditahan di Britain bulan lalu sebelum penerbangan kerana kandungan alkohol dalam darah melebihi had yang ditetapkan.
Panel kementerian pengangkutan negara itu pada Rabu bersetuju untuk mengenakan ujian wajib ke atas syarikat penerbangan dan mengehadkan kandungan alkohol dalam badan kepada 0.09 miligram seliter.
Had kandungan alkohol untuk memandu adalah 0.15 miligram.
Pengumuman rasmi berhubung cadangan itu akan dibuat pada Jumaat.
Dibawah sistem sedia ada Jepun, kru penerbangan diharamkan minum minuman keras lapan jam sebelum bertugas, tiada had ditetapkan dan ujian pernafasan tidak diperlukan.
Pembantu juruterbang syarikat penerbangan JAL lulus dalam ujian pernafasan dalaman namun ia menimbulkan curiga kepada pemandu bas yang membawanya ke Lapangan Terbang Heathrow.
Polis London berkata, ujian ke atas pembantu juruterbang terbabit dibuat 50 minit sebelum penerbangan yang dijadualkan dan mendedahkan beliau melebihi had 10 kali ganda.
Pembantu juruterbang terbabit dilaporkan meminum dua botol wain dan lebih 1.8 liter bir pada malam sebelum penerbangan itu. – AFP, 19 Disember, 2018
Komen