Panel Trump syor senjata api di sekolah pastikan pelajar AS selamat


PANEL keselamatan yang ditubuhkan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berikutan banyak kejadian tembakan di sekolah mengesyorkan supaya pihak sekolah mengambil kakitangan bersenjata pada hari Selasa.

Cadangann itu menyatakan khidmat veteran tentera boleh diambil sebagai pengawal yang bertentangan dengan dasar di bawah pentadbiran Obama.

Panel Suruhanjaya Persekutuan mengenai Keselamatan Sekolah, diketuai oleh Setiausaha Pelajaran Betsy DeVos, ditubuhkan selepas kejadian pembunuhan beramai-ramai pada bulan Februari lalu di Parkland, Florida, kejadian itu menyaksikan bekas pelajar telah menembak mati 17 orang, menyebabkan protes kawalan senjata api tercetus.

Suruhanjaya menolak gesaan untuk meningkatkan usia minimum yang diperlukan untuk membeli senjata, dengan alasan bahawa kebanyakan penembak sekolah mendapatkan senjata mereka dari ahli keluarga atau rakan-rakan.

Sebaliknya, suruhanjaya itu mencadangkan kakitangan bersenjata boleh ditempat di kawasan sekolah - bahkan turut melibatkan guru dalam beberapa keadaan - “demi tindakan berkesan dan segera terhadap keganasan.”

Kawasan sekolah di mana tindak balas polis boleh menjadi lebih lambat, seperti di daerah pedalaman, mungkin memberi manfaat khusus, kata suruhanjaya itu.

Ia juga mencadangkan pihak berkuasa pendidikan mengupah veteran tentera dan bekas pegawai polis yang “juga boleh menjadi pendidik yang sangat berkesan.”

Laporan itu turut menggesa untuk mengkaji semula garis panduan disiplin yang diperkenalkan pada tahun 2014 di bawah bekas presiden Barack Obama, yang mencadangkan alternatif hukuman penggantungan dan buang sekolah bagi menangani diskriminasi terhadap pelajar berkulit hitam dan latin. – AFP, 19 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen