Ketua pertahanan Nigeria ditembak mati


Nigeria terus dilanda konflik keselamatan apabila beberapa wilayah negara itu diancam pemberontakan daripada kalangan militan. – Gambar AFP, 19 Disember, 2018.

SEORANG lelaki bersenjata menembak mati bekas ketua pertahanan Nigeria di jalan utama di luar ibukota Nigeria, Abuja, kata pasukan pertahanan udara yang menyaksikan peningkatan keselamatan di negara barat Afrika itu.

“Dengan hati yang berat, saya menyesali kematian mangsa bekas Ketua Staf Pertahanan, Ketua Pasukan Udara Alex Sabundu Badeh,” kata jurucakap angkatan udara Ibikunle Daramola dalam satu kenyataan.

Badeh, 61, meninggal dunia pada hari Selasa “akibat luka tembakan ketika kenderaannya diserang sewaktu pulang dari ladangnya di jalan Abuja-Keffi”.

Angkatan Udara bagaimanapun tidak menyatakan apa-apa mengenai sebarang tangkapan atau motif di sebalik pembunuhan itu.

Badeh yang berkhidmat sebagai ketua pertahanan Nigeria di bawah bekas presiden Goodluck Jonathan, bersara pada tahun 2015.

Beliau telah menjalani perbicaraan sejak bersara berhubung dakwaan rasuah semasa masih menjawat jawatan kerajaan.

Nigeria, negara yang paling ramai penduduk di Afrika, ketika ini menghadapi pelbagai masalah keselamatan, daripada pemberontakan kumpulan Boko Haram di timur laut sehingga konflik di kalangan petani-petani di bahagian pusat dan ancaman penculikan dan rompakan bersenjata di bahagian selatan.

Presiden Muhammadu Buhari yang memegang tampuk kuasa pada 2015 dan sedang berkempen untuk penggal kedua dalam pilihan raya bulan Februari, kini dikritik hebat kerana dilihat tidak melaksanakan usaha bagi menangani cabaran keselamatan. – AFP, 19 Disember, 2018.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen