PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melancarkan rangka kerja kerjasama untuk tempoh tiga tahun bertujuan menyelaraskan kegiatannya di Sudan Selatan.
Timbalan wakil khas misi PBB di Sudan Selatan Alain Noudehou berkata kerjasama itu menggantikan rangka kerja sebelum ini yang tempohnya tamat pada 2018.
Beliau berkata untuk merealisasikan kerjasama itu kerajaan perlu menyalurkan lebih banyak pelaburan dalam bidang Strategi Pembangunan Nasional (NDS) yang baharu.
Kerjasama itu akan dilaksanakan melalui mewujudkan perdamaian; meningkatkan keselamatan makanan dan memulihkan ekonomi tempatan; pengukuhan perkhidmatan sosial; di samping memperkasakan wanita dan remaja. – Bernama, 19 Disember, 2018.
Komen