SEBUAH panel keselamatan ditubuhkan Presiden AS Donald Trump ketika berlaku peningkatan kejadian tembakan di sekolah, semalam mencadangkan yang sekolah mempertimbangkan untuk memberikan senjata api kepada kakitangan mereka, menggunakan veteran keselamatan sebagai pengawal dan membatalkan garis panduan dibuat zaman Obama.
Panel Suruhanjaya Keselamatan Sekolah Persekutuan diketuai Setiausaha Pendidikan Betsy DeVos ditubuhkan selepas pembunuhan beramai-ramai Februari lalu di Parkland, Florida, apabila seorang bekas belajar menembak mati 17 orang mencetuskan bantahan besar-besaran untuk kawalan senjata api.
Suruhanjaya menolak desakan meningkatkan umur minimum diperlukan untuk membeli senjata api, berhujah yang laporan setebal 180 muka surat menyatakan kebanyakan penembak di sekolah memperolehi senjata api daripada ahli keluarga atau rakan mereka.
Sebaliknya ia mencadangkan kakitangan sekolah diberikan senjata api- termasuklah guru- “demi tindakan balas yang berkesan dan serta merta kepada keganasan.”
Kawasan sekolah yang mana tindak balas polis perlahan seperti kawasan pendalaman mungkin menerima manfaat daripada tindakan itu, kata suruhanjaya.
Ia juga mencadangkan pihak berkuasa pendidikan mengupah veteran tentera dan bekas polis yang “juga boleh berkhidmat sebagai pendidik.”
Laporan juga menggesa garis panduan displin diperkenalkan pada 2014 oleh bekas presiden Barack Obama yang mencadangkan alternatif kepada penggantungan atau pembuangan untuk menangani diskriminasi terhadap pelajar kulit hitam dan Latin.
Laporan suruhanjaya menyebut tindakan itu “mempunyai kesan buruk besar kepada displin dan keselamatan sekolah.”
Kesatuan Kebebasan Awam Amerika mengecam cadangan tersebut.
“Pentadbiran Trump menggunakan tragedi itu untuk menjustifikasikan pembatalan perlindungan hak sivil pelajar sekolah, walaupun terdapat kurang bukti mengaitkan reformasi displin sekolah dengan kejadian tembakan di sekolah,” katanya dalam satu kenyataan.
Lebih 219,000 pelajar sekolah di AS terlibat dalam kejadian tembakan sejak pembunuhan di Columbine High School pada April 1999, menurut data dikutip Washington Post. – AFP, 19 Disember, 2018.
Komen