Umno sudah berpecah lima, kata presiden


Sheridan Mahavera

Antara lima puak ini, puak yang paling banyak mendapat sokogan ialah yang percaya Umno tidak harus bekerjasama dengan mana-mana parti dan bangkit semula sebagai pembangkang yang kuat, kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 18 Disember, 2018.

UMNO sudah berpecah kepada lima puak selepas kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Puak-puak ini katanya, mengikut jenis kerjasama yang Umno harus jalinkan dalam usaha memastikan parti itu kekal relevan dan bangun semula.

Bagaimanapun, antara lima puak ini, puak yang paling banyak mendapat sokogan ialah yang percaya Umno tidak harus bekerjasama dengan mana-mana parti dan bangkit semula sebagai pembangkang yang kuat.

Zahid menambah, pendekatan ini mendapat sokongan yang paling banyak dari ketua-ketua bahagian pada pemukiman parti baru-baru ini.

“Mereka kata tidak akan ada apa-apa bentuk kerjasama dengan DAP,” kata Zahid.

Empat puak lain ialah:

  • mereka yang percaya Umno akan bergabung dengan parti dalam kerajaan PH.
  • mereka yang mahu Umno bekerjasama dengan parti dalam PH yang juga bekerjasama dengan DAP.
  • mereka yang mahu Umno bergabung dengan PAS.
  • mereka yang mahu Umno menjadi sebahagian daripada sebuah pakatan selain PH. – 18 Disember, 2018.

Berita penuh di sini.             


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen