Mahkamah Nigeria penjarakan pensyarah gila seks


SEORANG pensyarah universiti di Nigeria dijatuhi hukuman penjara semalam kerana menuntut layanan seks dari seorang pelajar perempuannya jika mahu lulus peperiksaan.

Hakim Mahkamah Persekutuan di Osogbo, Maurine Onyetenu mendapati Richard Akindele, seorang profesor di Universiti Obafemi Awolowo yang terletak di Ile-Ife, barat daya Nigeria bersalah atas kesalahan rasuah dan gangguan seksual.

“Masalah seperti ini sudah berleluasa di intitusi pengajian tinggi kita, mereka balik ke rumah dan beritahu kita yang pensyarah mereka mahu tidur dengan mereka,” kata Hakim Onyetenu.

Akindele didapati bersalah atas empat pertuduhan dan dijatuhi hukuman penjara dua tahun.

“Sudah tiba masanya mahkamah mendahulukan hak kanak-kanak, terutamanya pelajar perempuan. Ia sudah membarah,” kata Onyetenu.

April lalu, seorang pelajar tampil ke depan bersama rakaman penyarah perakaunannya menuntut untuk tidur bersama jika mahu lulus peperiksaan.

Akindele ditangkap dan dipecat dari universiti pada Jun. – AFP, 18 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen