Kalah dengan Liverpool, MU pecat Jose Mourinho


Reaksi pengurus kelab Jose Mourinho (kiri) ketika perlawanan Manchester United dan Liverpool di Anfield, kelmarin. – Gambar EPA, 18 Disember, 2018.

MANCHESTER United (MU), yang kalah dengan Liverpool 1-3 Ahad lalu, memecat pengurus kelab Jose Mourinho susulan prestasi buruk kelab Liga Perdana itu itu musim ini, lapor media.

Manchester kini ketinggalan 19 mata di belakang Liverpool yang menduduki takhta liga. Dalam enam perlawanan, Manchester hanya menang sekali dan seri dengan pasukan corot Southampton dan Crystal Palace.

“Manchester United mengumumkan pengurus Jose Mourinho meninggalkan kelab serta merta,” kata kelab itu dalam satu kenyataan.

Kelab itu turut merakamkan penghargaan kepada Mourinho dan mengucapkan selamat maju jaya untuk masa depannya.

MU juga mengumumkan akan melantik seorang pemangku pengurus bagi mengendalikan pasukan sehingga akhir musim ini sementara ia mencari seorang pengurus baru.

Mourinho, 55, menguruskan MU sejak Mei 2016.

Hubungannya dengan pengurusan kelab dilaporkan renggang berhubung beberapa isu termasuk soal pemilihan pemain dan cara beliau mengendalikan pasukan.

Beliau sebelum ini mengkritik persediaan mental pemainnya menjelang permulaan musim selepas kebanyakan mereka berehat setelah habis Piala Dunia 2018, Julai lepas. – 18 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen