Kehilangan pastor, isteri mungkin disiasat panel baharu, kata Suhakam


Noel Achariam

Pesuruhjaya Suhakam Nik Salida Suhaila Nik Salleh berkata Suhakam akan sama ada melantik panel baharu atau menggantikan seorang pesuruhjaya yang akan tamat tempoh perkhidmatan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 18 Disember, 2018.

SEKURANG-kurangnya seorang pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) baru akan mendengar kes kehilangan Pastor Joshua Hilmy dan isterinya, Ruth pada tahun depan.

Pesuruhjaya Nik Salida Suhaila Nik Salleh berkata Suhakam akan sama ada melantik panel baharu atau menggantikan seorang pesuruhjaya yang akan tamat tempoh perkhidmatan.

“Tempoh perkhidmatan Pesuruhjaya Dr Aishah Bidin akan tamat pada April. Jadu, Suhakam perlu menggantikan tenpat beliau atau melantik panel baharu.

“Kami tidak dapat mulakan siasatan awaum (sekarang) kerana tidak mempunyai cukup masa,” katanya selepas pelancaran laporan tahunan Suhakam di Kuala Lumpur hari ini.

Tambah beliau, had tempoh perkhidmatan setiap pesuruhjaya Suhakam ialah selama dua penggal.

Selain Nik Salida dan Aishah, seorang lagi pesuruhjaya dalam panel siasatan awam ialah Mah Weng Kwai.

Suhakam menjalankan siasatan awam bagi menyiasat kehilangan aktivis Pastor Raymond Koh dan aktivis dari Perlis, Amri Che Mat, untuk menentukan sama ada kehilangan mereka adalah kes-kes kehilangan paksa atau tidak disengajakan.

Siasatan ke atas kehilangan mereka telah ditutup. Suhakam telah meminta polis, peguam keluarga serta pegawainya sendiri supaya mengemukakan hujah mereka. – 18 Disember, 2018.

Berita penuh di sini.             


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen