Suhakam mahu kerajaan laksana syornya secara mandatori


Noel Achariam

Pesuruhjaya Suhakam Jerald Joseph berkata cadangan sudah diserahkan kepada Jawatankuasa Perubahan Institusi untuk tindakan selanjutnya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 18 Disember, 2018.

SURUHANJAYA Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) akan menghantar kertas cadangan ke Pejabat Peguam Negara untuk menjadikan syornya wajib dilaksanakan oleh Putrajaya.

Pesuruhjaya Suhakam Jerald Joseph berkata cadangan itu sudah diserahkan kepada Jawatankuasa Perubahan Institusi (IRC) untuk tindakan selanjutnya.

“Kami mahu Akta Suhakam dipinda supaya ia menjadi mandatori bagi kerajaan untuk bertindak terhadap sesuatu perkara itu.

“Jika kerajaan tidak dapat melakukannya, mereka patut beri alasan kepada kami,” katanya selepas pelancaran laporan tahunan Suhakam di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata beberapa syor dibuat kepada IRC, dan antaranya ialah meminda Akta Suhakam.

“Ini apa yang suruhanjaya mampu lakukan (tindakan diambil mengikut syornya).

“Kami juga berharap kerajaan akan membahaskan cadangan syor itu di Parlimen,” katanya. – 18 Disember, 2018.

Baca berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen