Peru kecam tindakan Nicaragua batal status NGO


Sejak April tahun ini, Nicaragua berdepan bantahan kuat rakyat yang menuntut peletakan jawatan Presiden Daniel Ortega yang menyaksikan ratusan nyawa terkorban. – Gambar EPA, 18 Disember, 2018.

KERAJAAN Peru mengutuk tindakan Dewan Kebangsaan Nicaragua yang melucutkan status undang-undang ke atas badan bukan kerajaan (NGO) di negara itu.

Dalam kenyataan akhbar dikeluarkan Kementerian Hal Ehwal Luar Peru, mengatakan tindakan itu dilihat bertujuan menyekat kebebasan media dan menganggu usaha mencari penyelesaian damai terhadap krisis politik dan sosial yang dihadapi negara Amerika Tengah.

“Kerajaan Peru mengecam langkah diambil Kerajaan Nicaragua kerana seolah-olah menindas penduduk awam dan hak asasi rakyat untuk mengadakan bantahan secara aman,” jelas kenyataan itu.

Parlimen Nicaragua membatalkan status undang-undang sembilan NGO sejak dua minggu lalu, setelah menuduh badan itu mengalakkan cubaan rampasan gagal.

Sejak April tahun ini, Nicaragua berdepan bantahan kuat rakyat yang menuntut peletakan jawatan Presiden Daniel Ortega yang menyaksikan ratusan nyawa terkorban. – Bernama, 18 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen