MAHKAMAH Turki pada Isnin memutuskan tiga pekerja kereta api ditahan sebelum dibicarakan selepas mereka dituduh dengan kecuaian yang menyebabkan kemalangan maut minggu lalu di Ankara.
Sembilan orang terbunuh dan hampir 90 orang cedera selepas kereta api berkelajuan tinggi merempuh lokomotif.
Mereka yang ditahan - pekerja isyarat laluan, penjaga landasan dan pengawal yang bekerja untuk pihak berkuasa kereta api negeri - berdepan tuduhan mengakibatkan kematian dan kecederaan, lapor agensi berita negeri Anadolu.
Berikutan kemalangan itu Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan berikrar mereka yang bertanggungjawab akan dibawa ke muka pengadilan.
Gabenor Ankara, Vasip Sahin berkata kemalangan itu berlaku selepas kereta api berkelajuan tinggi pagi dengan kira-kira 200 orang penumpang dalam perjalanan ke wilayah Konya apabila ia merempuh lokomotif di laluan yang sama.
Turki beberapa tahun kebelakangan ini berusaha untuk memodenkan rangkaian kereta api berikutan siri kemalangan maut.
Insiden pada Julai pula menyaksikan 24 orang terbunuh apabila kereta api penumpang tergelincir dari trek di barat laut Turki. – AFP, 18 Disember, 2018.
Komen