Pertempuran di Hodeida ancam gencatan senjata Yaman


PBB semalam berkata yang gencatan itu akan dilaksanakan bermula tengah malam, walaupun perjanjian dicapai di Sweden pada Khamis antara tentera kerajaan disokong Arab Saudi dan pemberontak Huthi yang antara termanya adalah gencatan senjata serta merta di Hodeida dan kawasan sekitarnya. – Gambar EPA, 18 Disember, 2018.

PERTEMPURAN tercetus pada pagi Selasa di Yaman hanya beberapa minit selepas perjanjian gencatan senjata berkuatkuasa di bandar pelabuhan Hodeida, kata pegawai pro kerajaan.

Pegawai memberitahu AFP yang pertempuran yang berlaku di bandar tepi Laut Merah itu- yang pelabuhannya digunakan sebagai pintu masuk utama bantuan kemanusiaan- masih berlangsung walaupun gencatan senjata dilaksanakan pada tengah malam waktu tempatan.

PBB semalam berkata yang gencatan itu akan dilaksanakan bermula tengah malam, walaupun perjanjian dicapai di Sweden pada Khamis antara tentera kerajaan disokong Arab Saudi dan pemberontak Huthi yang antara termanya adalah “gencatan senjata serta merta” di Hodeida dan kawasan sekitarnya.

Tidak berapa lama selepas gencatan senjata itu berkuatkuasa pada Isnin, kerajaan Yaman menggesa pasukan keselamatannya “meletak senjata di daerah Hodeida” menurut kenyataan diterima AFP.

Pemberontak Huthi juga meluahkan komitmen kepada perjanjian tersebut.

Yaman terjejas teruk sejak pertempuran tercetus antara pemberontak Huthi dan tentera yang setia kepada Presiden Abedrabbo Mansour Hadi sejak 2014.

Perang memuncak pada 2015, apabila pakatan tentera diketuai Arab Saudi masuk campur menyokong kerajaan.

Konflik itu sudah membunuh hampir 10,000 orang, menurut WHO. Tetapi beberapa kumpulan hak asasi percaya jumlah kematian jauh lebih tinggi. – AFP, 18 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen