Tentera Israel musnahkan rumah penyerang warga Palestin


Rumah Ashraf Naalwa yang terletak di pinggir bandar Tulkarn di utara Tebing Barat dimusnahkan tentera Israel. Nalwaa dituduh membunuh dua warga Israel. – Gambar EPA, 17 Disember, 2018.

TENTERA Israel memusnahkan rumah seorang warga Palestin yang dituduh membunuh dua warga Israel dalam satu serbuan yang mencetuskan kekacauan pada Isnin, kata seorang wartawan AFP.

Agensi berita rasmi Palestin, Wafa berkata tiga orang cedera akibat ditembak dengan peluru getah.

Beratus-ratus anggota tentera mengepung rumah Ashraf Naalwa yang terletak di pinggir bandar Tulkarn di utara Tebing Barat sebelum memusnahkannya, kata wartawan AFP itu.

Tentera Israel bagaimanapun tidak mengulas mengenai operasi itu.

Khamis lepas, tentera membunuh Nalwaa, 23, selepas memburu lelaki itu sejak dua bulan lalu.

Hamas mendakwa Nalwaa adalah salah seorang pejuangnya.

Dia dituduh membunuh dua tentera Israel di sebuah zon perindustrian dekat penempatan Yahudi di Barkan. – AFP, 17 Disember, 2018.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen