Ahli politik India cetus rusuhan 1984 dipenjara seumur hidup


Golongan Sikh membakar poster Sajjan Kumar bagi menyuarakan bantahan terhadap penglibatan ahli politik India itu dalam insiden rusuhan 1984. – Gambar fail AFP, 17 Disember, 2018.

SEORANG ahli politik veteran India dipenjara seumur hidup hari ini selepas didapati bersalah menjadi dalang dalam insiden rusuhan anti-Sikh pada 1984.

Insiden itu menyebabkan hampir 3,000 terbunuh ekoran pembunuhan perdana menteri ketika itu Indira Gandhi.

Mahkamah Tinggi Delhi mendapati Sajjan Kumar, 73, bersalah kerana menghasut perusuh semasa rusuhan tersebut yang menyebabkan kematian Gandhi di tangan pengawal peribadinya yang berbangsa Sikh.

Pada masa itu Kumar merupakan ahli Parlimen dari Parti Kongress yang memerintah kerajaan pada waktu tersebut.

Beliau didapati bersalah berhubung satu kes melibatkan pembunuhan lima ahli keluarga Sikh di New Delhi selepas saksi memberi keterangan utama.

Kumar, yang diarahkan menyedah diri pada hujung bulan ini, akan menghabiskan masa sepanjang hidupnya di penjara.

Rusuhan pada 1984 tercetus beberapa jam selepas Gandi ditembak mati di rumahnya di New Delhi.

Kejadian itu berlanjutan selama tiga hari apabila golongan Sikh dibunuh dan dirogol manakala rumah mereka turut dibakar.

Gandhi dibunuh kerana keputusan beliau menggunakan tentera untuk mengusir kumpulan pemisah Sikh di Kuil Emas, rumah ibadat suci bagi kaum Sikh di bandar Amritsar, utara India.

Pengkritik menuduk Kongres hanya membisu terhadap pembunuhan tersebut dan peranan pemimpin seperti Kumar dan Jagdish Tytler yang mencetuskan rusuhan. – AFP, 17 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen