PUTRAJAYA harus menggubal undang-undang untuk mengekang wakil rakyat melompat parti dan mengkhianati mandat yang diberi oleh rakyat, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Ismail Sabri Yaakob.
Ismail berkata beliau akan menyokong rang undang-undang (RUU) itu jika ia dibentangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).
“Kena ada undang-undang anti lompat parti dan saya sendiri akan sokong RUU itu sekiranya Pakatan Harapan mahu bentang di Parlimen.”
Tambah naib presiden Umno itu, beliau tahu ada pemimpin dalam PH yang tidak gembira dengan kemungkinan Bersatu akan menerima ramai lagi bekas wakil rakyat Umno.
“Saya tahu, dalam Pakatan mereka tak gembira bila Bersatu terima ahli Umno.
“Sekarang ada pemimpin Bersatu kata tak apa, boleh terima. Sudah tentu (ahli) tak gembira dengan pemimpin mereka,” kata Ismail Sabri pada sidang akhbar hari ini.
Umno sudah hilang 17 kerusi Parlimen daripada 54 yang dimenanginya pada PRU14. Empat daripada 17 sudah menyertai Bersatu atau Warisan, bakinya masih jadi wakil Bebas tetapi dijangka menyertai Bersatu atau Warisan dalam masa terdekat. – 17 Disember, 2018.
MENYUSUL
Komen