LEBIH 66 tan dadah yang dirampas tahun ini telah dimusnahkan, jumlah itu sekaligus mengatasi sasaran sebanyak 37.1 tan ditetapkan untuk 2018, demikian menurut Kementerian Dalam Negeri.
Timbalan Menteri Esteban Saavedra berkata ia membuktikan usaha kementerian dan kerajaan dalam memerangi pengedaran dadah haram membuahkan kejayaan.
Sejumlah 15 tan dadah termasuk jenis kokain hydrochloride, ganja, dan ekstasi dirampas Polis Kebangsaan Peru (PNP) menerusi pelbagai operasi.
Menurut Direktorat Jenayah Terancang 8.9 tan dadah yang dirampas dibakar pada fasa pertama bulan Januari, 20.2 tan fasa kedua dan 22 tan fasa ketiga. – Bernama, 17 Disember, 2018.
Komen