Korea Utara kutuk AS kenakan sekatan terhadap 3 pegawainya


Dalam satu sidang kemuncak bersejarah di Singapura pada Jun, Presiden AS Donald Trump dan pemimpin Korea Utara Kim Jong-un menandatangani satu kenyataan menghentikan nuklear. – Gambar EPA, 17 Disember, 2018.

KOREA Utara mengutuk tindakan Amerika Syarikat (AS) yang mengambil langkah sekatan baru-baru ini, memberi amaran dasar itu boleh “menghalang laluan kepada menghentikan senjata nuklear di semenanjung Korea selamanya”.

Amaran itu dibuat beberapa hari selepas AS berkata ia mengenakan sekatan terhadap tiga pegawai kanan Korea Utara berhubung salah laku hak asasi manusia.

Pegawai yang disekat termasuk Choe Ryong Hae, yang dianggap sebagai orang kanan kepada pemimpin Kim Jong Un.

Dalam satu kenyataan disiarkan agensi berita rasmi KCNA, Korea Utara memuji Presiden Donald Trump atas usahanya memperbaiki hubungan dengan Pyongyang, tetai berkata Jabatan Dalam Negeri AS cenderung mengembalikan hubungan dua negara itu kembali kepada keadaan seperti tahun lalu.

Dalam kenyataan oleh pengarah penyelidikan dasar Institut Pengajian Amerika di kementerian luar itu menuduh AS sengaja membuat provokasi menerusi sekatan terhadap tiga pegawai itu.

Jika Washington percaya dasar meningkatkan sekatan dan tekanan akan memaksa Korea Utara menamatkan program senjata nuklear, ia silap perkiraan, kata kenyataan itu.

Dalam satu sidang kemuncak bersejarah di Singapura pada Jun, Trum dan Kim menandatangani satu kenyataan menghentikan nuklear.

Tetapi perkembangan dari situ amat perlahan, dengan Washington mengekalkan sekatan terhadap Korea Utara sehingga program nuklear dihentikan, dan Pyongyang mengutuk permintaan AS sebagai gengster.

Dalam tindakan dipohon oleh Kongres, pentadbiran Trump berkata ia akan menyita mana-mana aset di AS milik tiga pegawai terbabit susulan peranan mereka menindas kebebasan bersuara.

Sekatan itu tidak memberi kesan besar terhadap pegawai di negara paling tertutup di dunia tetapi ia memberi gambaran jelas paksaan ketika Korea Utara ingin mendapatkan penerimaan lebih besar daripada AS. – AFP, 17 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen