Arab Saudi kecam undi Senat AS sebagai campur tangan


Senat AS meluluskan resolusi mengutuk pembunuhan Jamal Khashoggi dan mendesak Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman supaya bertanggungjawab. – Gambar fail EPA, 17 Disember, 2018.

ARAB Saudi semalam menolak resolusi Senat Amerika Syarikat (AS) mengakhiri sokongan ketenteraan untuk perang diketuai Arab Saudi di Yaman, dan satu lagi mempertanggungjawabkan putera mahkotanya atas pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi.

“Negara ini mengutuk kedudukan terbaru Senat AS ang berdasarkan kepada tuduhan tidak berasas dan menolak campur tangan terhadap hal ehwal dalaman negara ini,” kata Kementerian Luar dalam satu kenyataan dikeluarkan Agensi Media Arab Saudi.

Undi Senat AS semalam membawa amaran baharu Presiden Donald Trump yang menyokong rejim Arab Saudi ketika konflik Yaman semakin memburuk dan berlakunya pembunuhan Khashoggi.

Berkenaan isu Yaman, yang menyerang kuasa presiden kerana melancarkan tindakan ketenteraan, 49 Demokrat dan sekutunya mengundi langkah itu, bersama tujuh Republikan, sementara tiga lagi berkecuali.

Senat juga meluluskan resolusi mengutuk pembunuhan Khashoggi dan mendesak Putera Mahkota Mohammed bin Salman supaya “bertanggungjawab”.

Kementerian Arab Saudi itu memberi amaran bahawa negara itu tidak akan bertolak ansur terhadap sikap “tidak menghormati” pemimpinnya. – AFP, 17 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen