SATU letupan kuat berlaku di sebuah restoran di utara Jepun, lewat malam semalam menyebabkan 42 cedera, menyebabkan kebakaran berlaku yang mengambil masa berjam-jam untuk dipadamkan, hingga beberapa bangunan berhampiran runtuh, kata pihak berkuasa.
Imej dari tempat kejadian menunjukkan api besar dan asap tinggi kelihatan dalam udara malam selepas letupan itu berlaku di bandar utara Sapporo.
Polis berkata punca letupan masih disiasat. Seorang saksi dilaporkan berkata beliau terhidu bau gas selepas letupan itu berlaku.
Pegawai polis wilayah Hokkaido berkata 42 cedera tetapi tiada laporan kematian.
Beberapa kanak-kanak turut cedera dalam letupan itu, yang berlaku di wilayah Toyohira.
“Saya dengar bunyi ‘bang’, seperti petir dan kondo saya bergegar,” kata seorang lelaki yang tinggal berhampiran restoran berkenaan.
Bangunan yang menempatkan restoran itu rosak teruk, begitu juga dengan beberapa pejabat di kawasan berhampiran.
Pihak berkuasa tempatan membuka tempat perlindungan untuk mangsa yang rumah mereka musnah dalam kebakaran itu. – AFP, 17 Disember, 2018.
Komen