Gempa bumi kuat gegar Papua


Pada September lalu, gempa berukuran 7.5 skala Richter mencetuskan tsunami di Palu, Sulawesi, menyebabkan lebih 2,200 orang maut dan ribuan lagi mangsa diisytiharkan hilang. – Gambar AFP, 16 Disember, 2018.

SATU gempa bumi berukuran 6.1 skala Richter menggegarkan Papua, timur Indonesia hari ini, tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Pusat Pemantauan Geologi Amerika Syarikat (AS) berkata gempa itu berlaku kira-kira 158 kilometer dari barat daya ibu wilayah Jayapura pukul 6.42 petang waktu tempatan.

Katanya gegaran itu berlaku pada kedalaman 61 kilometer dan gempa turut dirasai di Jayapura.

Kerajaan tempatan masih menilai kesan gegaran tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Indonesia sering mengalami gempa dan letusan gunung berapi ekoran kedudukannya di kawasan Lingkaran Api Pasifik.

Pada September lalu, gempa berukuran 7.5 skala Richter mencetuskan tsunami di Palu, Sulawesi, menyebabkan lebih 2,200 orang maut dan ribuan lagi mangsa diisytiharkan hilang.

Pada 26 Disember 2004, lebih 170,000 orang maut apabila gempa 9.1 skala Richter menggegarkan Aceh dan mencetuskan tsunami. – AFP, 16 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen