ENAM kanak-kanak dan empat orang dewasa maut dalam beberapa kebakaran rumah di Rusia hari ini.
Dalam kejadian pertama, tiga kanak-kanak rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Bashkortostan di wilayah Ural.
Kesemua mangsa yang berusia antara dua hingga empat tahun itu, dilapor ditinggalkan bersendirian di rumah ketika kejadian.
Sementara itu, dalam kejadian di Krasny Kut, wilayah Saratov, dua lagi kanak-kanak meninggal dunia dalam kebakaran rumah.
Manakala di Tatarstan, tengah Rusia, seorang kanak-kanak dan dua orang dewasa maut apabila rumah yang mereka diami hangus dijilat api.
Dua lagi kematian orang dewasa dicatatkan dalam kejadian kebakaran di Peresvet, Moscow.
Isu pelanggaran keselamatan kebakaran sering berlaku di Rusia akibat masalah rasuah dalam kalangan pegawai kerajaan yang memberi permit bangunan sebagai balasan menerima suapan.
Pada Mac lalu, 64 orang terbunuh, 41 daripadanya kanak-kanak apabila sebuah pusat beli belah terbakar di bandar Kemerovo.
Susulan tragedi itu, kerajaan mengarahkan pemeriksaan keselamatan di semua pusat beli belah dan lokasi pusat hiburan dan kebudayaan di seluruh Rusia. – AFP, 16 Disember, 2018.
Komen