SELEPAS mencuci pinggan mangkuk di atas basin plastik, Cedra yang berusia 11 tahun itu duduk di sebuah ruang bawah tanah di Syria untuk mengulang kaji pelajarannya.
Sebuah tangga gelap di jalan bandar Al-Bab membawa ke ruang suram gadis muda itu, di ruang itulah, bapanya yang buta dan 40 keluarga lain menumpang teduh.
“Terdapat satu bilik yang kami guna sebagai dapur, bilik mandi dan bilik tidur,” kata Cedra.
Gadis itu menulis di buku notanya, sambil bersandar di dinding tembok dan di ampaian pakaian yang dikeringkan di ruang bawah tanah yang lembap itu.
Penduduk kem bawah tanah ini diduduki ekoran perang Syria yang tak kunjung padam, mereka berpindah-randah beberapa kali, kebanyakan mereka berasal dari wilayah timur Deir Ezzor.
Keluarga Cedra melarikan diri dari bandar Deir Ezzor pada tahun 2012, ketika peringkat awal konflik Syria meletus.
Mereka kemudian berlindung di Raqqa, lebih jauh menghala ke barat, namun bandar ini kemudian menjadi ibukota Syria yang diumumkan kumpulan militan IS yang mendakwa kumpulan mereka sebagai pemegang tampuk pemerintahan “khalifah”. – AFP, 16 Disember, 2018.
Komen