Australia pertahan tindakan iktiraf Baitulmaqdis


Langkah Australia mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel membangkitkan kemarahan negara jiran. – Gambar EPA, 16 Disember, 2018.

PERDANA menteri Australia pada Ahad bertegas dengan keputusannya mengiktiraf Baitulmaqdis barat sebagai ibu negara Israel, walaupun dikritik jiran beberapa negara Islam

Canberra menjadi satu daripada segelintir kerajaan yang mengikut jejak langkah Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan mengiktiraf bandar yang menjadi pertikaian sebagai ibu negara Israel, umum Perdana Menteri Scott Morrison pada Sabtu.

Bagaimanapun, perpindahan kedutaan dari Tel Aviv - satu cadangan yang dibuat semasa pilihan raya kecil Sydney bahawa pengkritik berkata ia masa untuk menarik pengundi Yahudi - tidak akan berlaku sehingga penyelesaian perdamaian dicapai.

Malaysia, negara jiran dengan majoriti penduduk Islam berkata pada Ahad ia “tegas menentang” keputusan mengiktiraf Baitulmaqdis Barat.

Pengumuman itu adalah “pramatang dan penghinaan kepada rakyat Palestin dan memalukan kepada rakyat Palestin serta perjuangan mereka kepada hak untuk pentadbiran sendiri” kata kerajaan dalam satu kenyataan yang menyokong penyelesaian dua negara terhadap konflik Israel-Palestin.

Jiran terdekat Australia, Indonesia, negara Islam yang paling ramai penduduk di dunia, marah dengan cadangan perpindahan kedutaan pada pilihan raya kecil itu, dan berkata pada Sabtu ia maklum akan keputusan itu.

Memetik jawapan Jakarta, Morrison berkata pada Ahad respons antarabangsa sudah “diukur” dan keputusannya akan memberi kemajuan kepada penyelesaian dua negara.

“Setakat ini, saya rasa respons yang kita lihat dari negara sejauh sudah diukur,” kata Morrison kepada wartawan di Canberra.

“Australia akan terus menghormati keputusan perbincangan dua negara yang kekal menjadi matlamat kami.”

Kedutaan Israel di Canberra pada Ahad mengatakan keputusan itu adalah “langkah ke arah yang betul”.

Israel dan Palestin mendakwa Baitulmaqdis sebagai ibu negara mereka.

Kebanyakan negara luar mengelak memindahkan kedutaan mereka kerana tidak mahu menjejaskan rundingan damai yang kini berada pada peringkat akhir, hanya Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memindahkan kedutaan negara itu, awal tahun ini. – AFP, 16 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen