PAKATAN Harapan (PH) tidak dapat memuaskan hati semua pihak kerana tidak mahu mengulangi kesilapan Barisan Nasional (BN), kata Khalid Samad.
“Apa perbezaannya kami daripada BN jika senarai orang yang saya ambil selepas menjadi menteri hanya terdiri daripada pemimpin bahagian Amanah?” Kata pengarah komunikasi Amanah itu pada sesi penggulungan di Konvensyen Nasional Amanah 2018 di Ipoh hari ini.
Khalid berkata PH memutuskan untuk menghentikan banyak amalan kerajaan sebelumnya yang membuat banyak lantikan politik.
“Jadi, apabila kami mengambil orang, ia mestilah berdasarkan kepakaran mereka,” kata menteri Wilayah Persekutuan itu.
Khalid berkata demikian susulan kritikan perwakilan mengenai menteri dan timbalan menteri Amanah dalam kerajaan.
Seorang perwakilan mempersoalkan mengapa jawatan tidak diberikan kepada ahli Amanah.
Jawapan hampir sama juga diberikan oleh Khalid ketika mempertahankan keputusan kerajaan mengurangkan pemberian bantuan tunai.
“Kita boleh buat macam BN buat, ada duit atau tidak kita bagi, tidak mengapa, janji bila kita buat rakyat senang.
“Rakyat tidak percaya apabila kami kata kerajaan tidak ada duit. Kerajaan boleh kalau kita nak ikut cara BN, bagi BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia), mansuh tol, tak perlu bayar hutang PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional).
“Bila tidak ada duit, kerajaan pinjam. Memang boleh, tapi adakah itu cara yang bertanggungjawab? Tidak” Kata Khalid.
Khalid berkata para menteri juga memberitahu Kabinet yang kerajaan tidak sepatutnya menggunakan wang sendiri untuk projek kereta ketiga.
“Tetapi apabila perdana menteri bertemu dengan kerajaan Qatar, mereka memberitahu mempunyai AS$400 bilion (RM1.5 trilion) untuk melabur. Jadi, apa yang perlu kita minta mereka labur selain industri auto yang lain?
“Ia tidak mungkin industri batik?” Kata Khalid.
Sementara itu, Khalid juga mempertahankan keputusannya mengenai isu Taman Rimba Kiara.
Beliau berkata terpaksa berdepan dengan rundingan membayar pemaju sebanyak RM300 juta untuk membatalkan perintah pembangunan, penduduk rumah panjang yang masih tidak mempunyai rumah atau membiarkan projek itu diteruskan.
“Mahkamah memutuskan perintah pembangunan yang diberikan adalah sah. Bagi saya untuk membatalkannya, kita perlu membayar mereka RM300 juta.
“Penduduk rumah panjang, yang tinggal di sana selama tiga generasi, juga perlu terus tinggal di bilik 400 kaki persegi. Tetapi apa ia baik?
“Oleh itu, kami memutuskan mengurangkan pembangunan dan penduduk rumah panjang akan mendapatkan rumah mereka dan kami boleh menjimatkan RM300 juta,” kata Khalid. – 16 Disember, 2018.
Komen