MAHKAMAH Ethiopia menghukum penjara 66 orang tentera kerana terlibat protes di ibu negara pada Oktober bagi menuntut kenaikan gaji, kata media negara semalam.
The Ethiopia Broadcasting Corporation (EBC) melaporkan kesemua anggota tentera itu akan dipenjarakan dari lima hingga 14 tahun setiap seorang.
Pada Oktober, ratusan tentera elit mengadakan protes di Addis Ababa kerana gaji dan faedah yang “tidak mencukupi”, menghalang jalan di sekitar istana negara dan berarak ke pejabat Perdana Menteri Abiy Ahmed.
Sambungan Internet telefon mudah alih dan WiFi dipotong selama beberapa jam kerana kekeliruan dan panik melanda ibu negara.
Tentera Ethiopia, antara paling kuat dan terbesar di Afrika, terkenal dengan disiplin yang ketat, dan protes oleh pihak tentera hampir tidak pernah didengari. – AFP, 16 Disember, 2018.
Komen