Obamacare diisytihar langgar Perlembagaan AS


Kes itu berkemungkinan besar diangkat ke Mahkamah Agung AS, di mana lima hakim daripada panel sembilan hakim yang menyokong Obamacare dalam kes berasingan pada 2012 masih berkhidmat. – Gambar EPA, 15 Disember, 2018.

SEORANG hakim di Texas membuat penghakiman yang undang-undang penjagaan kesihatan awam AS dikenali sebagai “Obamacare” melanggar Perlembagaan- penghakiman yang menyebabkan pembangkang, Demokrat berikrar untuk melakukan rayuan.

Hakim Daerah AS Reed O’Connor membuat penghakiman itu untuk saman dibuat beberapa peguam negeri Republikan dan seorang gabenor yang menentang rancangan penjagaan kesihatan persekutuan, dikenali dengan nama rasmi Akta Penjagaan Kesihatan Mampu Milik.

Republikan yang konservatif sudah lama menentang rancangan itu, yang dijadikan undang-undang oleh Presiden Barack Obama pada 2010.

Kes itu berkemungkinan besar diangkat ke Mahkamah Agung AS, di mana lima hakim daripada panel sembilan hakim yang menyokong Obamacare dalam kes berasingan pada 2012 masih berkhidmat.

Presiden Donald Trump tanpa membuang masa mengeluarkan pandangannya di Twitter berkaitan kes itu.

Menurutnya, keputusan itu tidak mengejutkan dan dilakukan oleh seorang hakim dihormati di Texas.

Trump juga menggesa Speaker Demokratik di Senat Nancy Pelosi dan Ketua Minoriti Senat Demokratik Chuck Schumer untuk “meluluskan undang-undang kuat yang menyediakan penjagaan kesihatan yang hebat.”

Kedua-dua Pelosi dan Schumer mengeluarkan kenyataan menentang penghakiman tersebut.

Menurut Pelosi, penghakiman tersebut mendedahkan permainan Republikan yang menyerang akses rakyat kepada penjagaan kesihatan mampu milik.

Dan walaupun keputusan mahkamah “yang mengarut itu akan serta merta dirayu, Republikan bertanggungjawab sepenuhnya atas keputusan kejam itu,” katanya.

Menurut Schumer pula, penghakiman itu “nampaknya berdasarkan sebab perundangan yang terkhilaf dan berharap ia dibatalkan.”

Bagaimanapun, jika “penghakiman teruk ini diterima mahkamah tertinggi, ia akan membawa bencana kepada puluhan juta keluarga Amerika terutama mereka yang sangat memerlukannya,” katanya. – AFP, 15 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen