Australia iktiraf Baitulmaqdis ibu negara Israel


Perdana Menteri Scott Morrison juga berkata beliau negara Palestin dengan Baitulmaqdis timur sebagai ibu negara. – Gambar EPA, 15 Disember, 2018.

AUSTRALIA mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, kata Perdana Menteri Scott Morrison hari ini. 

Bagaimanapun, kedutaan negara itu di Tel Aviv akan dikekalkan sehinggalah rundingan aman dicapai, katanya.

Canberra salah satu daripada beberapa negara di seluruh dunia yang mengikuti jejak Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Morrison juga komited untuk mengiktiraf negara Palestin dengan Baitulmaqdis timur sebagai ibu negara.

“Australia kini mengiktiraf Baitulmaqdis yang menempatkan Knesset (Parlimen) dan kebanyakan institusi kerajaan sebagai ibu negara Israel,” kata Morrison ketika berucap di Sydney hari ini.

Palestin dan Israel masing-masing mendakwa Baitulmaqdis adalah ibu negara mereka.

Kebanyakan negara asing enggan memindahkan kedutaan mereka ke Baitulmaqdis kerana tidak mahu menjejaskan rundingan damai mengenai status muktamad bandar itu - sehinggalah Trump secara memindahkan kedutaan AS ke sana awal tahun ini.

“Kami berharap dapat memindahkan kedutaan kami ke Baitulmaqdis barat selepas status muktamad ditentukan,” kata Morrison. – AFP, 15 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen