AMANAH harus memastikan janji manifestonya ditunaikan, kata perwakilan kepada pemimpin parti pada Konvensyen Nasional Amanah 2018, di Ipoh, hari ini.
“Sekarang ini pembangkang menggunakan manifesto kita untuk menyerang. Maka, kita perlu berusaha sebaik mungkin munaikan janji pilihan raya untuk mematahkan serangan mereka,” kata perwailan Pahang, Sazli Mohd Nor.
Perkara yang sama turut dibangkitkan oleh perwakilan Pemuda, Ahmad Attan yang berkata Amanah menang besar dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lepas kerana manifesto parti.
“Justeru, kita wajib memastikan janji-janji ini ditunaikan,” kata Ahmad.
Meskipun Amanah adalah parti yang kecil dalam Pakatan Harapan (PH), parti itu memperoleh kedudukan paling banyak dalam Kabinet.
Ketika ini Amanah mempunyai lima menteri dan lima timbalan menteri dengan tiga orang senator dilantik.
Parti itu juga mempunyai soerang ketua menteri (Melaka) dan 13 anggota exco di Johor, Melaka (3), Negeri Sembilan (1), Selangor (2), Perak (3) dan Kedah (2) daripada 34 kerusi DUN yang dimenanginya dalam PU14.
Sazli juga berkata Amanah perlu mempromosikan dan mengangkat ahli agamanya untuk menandingi PAS.
“Orang Melayu Islam secara umumya tak melihat Amanah sebagai parti yang mampu menyaingi PAS,” katanya.
“Politik kampung tak sama dengan politik bandar yang mana orang kampung nak tengok ramai ulama kita. Oleh itu, kita mesti tambah ulama dan ustaz dalam kedudukan yang akan mengukuhkan kedudukan mereka dalam masyarakat,” kata Sazli. – 15 Disember, 2018.
Komen