CUBA membawa mesej inklusif, hak transgender dan kecaman keras terhadap Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, Angela Ponce, ratu cantik Spain, mencatat sejarah sebagai peserta transgender pertama sepanjang 66 tahun Miss Universe diadakan.
Dengan bermodalkan kecantikannya, Ponce mencatat sejarah sejak pertandingan ratu cantik itu mengubah dasar lama pada tahun 2012 bahawa para peserta mestilah “wanita secara semula jadi”.
Menjelaskan niatnya, ratu cantik berusia 27 tahun itu berkata “siapa yang tidak mengalami prasangka? Siapa yang tidak berhadapan dengan buli?”
Di luar arena Miss Universe - yang akan menyaksikan acara kemuncak itu diadakan awal hari Isnin depan di ibu negara Thailand, Bangkok - sebuah kawasan komuniti transgender yang sering dipinggirkan dan sering mengundang salah faham, mengakibatkan kadar bunuh diri di kalangan komuniti itu melonjak tinggi.
Laporan Rumah Putih yang bocor mengatakan bahawa pentadbiran Presiden Trump sedang mempertimbangkan untuk menolak perubahan undang-undang bagi menentukan jantina dengan ciri-ciri biologi semasa kelahiran, di samping menghalang golongan transgender dari menyertai perkhidmatan tentera.
Ponce mempunyai semangat yang kuat untuk menentang Trump, bekas pemilik pertandingan Miss Universe, dan mereka yang cuba mengeji ciri-ciri fizikalnya.
“Saya selalu katakan: mempunyai vagina tidak mengubah saya menjadi seorang wanita, saya seorang wanita, sejak sebelum lahir, kerana identiti saya ada di sini,” katanya kepada AFP sambil menunjukkan kepalanya. – 14 Disember, 2018.
Komen