PERTEMUAN lima pemimpin tertinggi Umno yang diketuai oleh Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan dengan Pengerusi Bersatu Dr Mahathir adalah untuk mendapat nasihat keluar daripada parti.
Dr Mahathir menafikan dakwaan Mohamad pertemuan itu bagi meminta supaya Umno tidak diharamkan.
“Tidak (saya tidak kata untuk selamatkan Umno).
“Mereka datang jumpa saya untuk beritahu bahawa mereka akan tinggalkan Umno dan mahukan nasihat saya. Itu sahaja tiada perkara lain,” katanya kepada media ketika ditemui di Muzium Kesenian Islam Kuala Lumpur. – 14 Disember, 2018.
MENYUSUL
Komen