SEKURANG-kurangnya 13 pelombong dikhuatiri mati akibat terperangkap dalam banjir di sebuah tapak lombong arang batu haram di timur laut India, kata polis.
Berpuluh-puluh pegawai kecemasan mengepam air keluar dari parit besar di lombong dekat negeri Meghalaya.
“Kami sedang melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan mereka. Kami dimaklumkan 13 orang berada dalam lombong ketika banjir,” kata pegawai polis, Lethindra Sangma.
Mahkamah India telah mengharamkan perlombongan arang batu di kawasan itu pada 2014 selepas aktivis alam sekitar mengadu ia menyebabkan air tercemar teruk.
Bagaimanapun, aktiviti perlombongan tetap diteruskan secara haram, dengan mengeluarkan arang batu melalui “lubang tikus” yang merbahaya.
Lubang ini digali ditepi bukit dan kemudian digerudi sehingga menjadi terowong kecil untuk melombong arang batu.
Sekurang-kurangnya 15 pelombong mati akibat terperangkap dalam lombong yang dibanjiri air pada 2012 dan mayat mereka tidak ditemui. – AFP, 14 Disember, 2018.
Komen