PAKATAN Harapan (PH) belum menerima permohonan mana-mana bekas pemimpin Umno Sabah untuk menyertai parti komponen kerajaan itu, kata Timbalan Presiden PH Mohamad Sabu.
Mohamad yang juga presiden Amanah berkata, keputusan sama ada PH perlu menerima mereka atau tidak akan dibuat selepas perbincangan lanjut antara parti komponen.
“Kita belum bincang secara khusus, mereka boleh keluar, kemudian kita akan bincang tindakan seterusnya, kalau ada permohonan kita akan bincang kedudukan mereka.
“Mereka tinggalkan Umno langkah bijak, kapal dah karam keluarlah semua. Kalau ada yang memohon kita akan bincang. Kita akan buat keputusan bersama-sama, bincang dalam Amanah dan PH,” kata Mohamad, ketika sidang media selepas berucap menyampaikan ucapan dasar di Konvensyen Nasional Amanah 2018, di Ipoh, hari ini.
Dalam sidang media yang sama, turut diumumkan penyertaan Loo Yeng Peng ke dalam Amanah.
Loo merupakan bekas ahli Parlimen Puchong mewakili bekas parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu Gerakan pada penggal 2004 hingga 2008. – 14 Disember, 2018.
MENYUSUL
Komen