TENTERA Israel bertindak mengepung Ramallah di Tebing Barat pada Khamis dan menghantar bantuan selepas dua warga Israel ditembak mati di sebuah hentian bas di kawasan berkenaan, kata pihak tentera.
“Semua laluan masuk dan keluar dari bandar itu ditutup. Kami sedang menjalankan pemeriksaan,” kata jurucakap tentera Israel Jonathan Conricus kepada pemberita.
Katanya, pihak tentera Israel menghantar “beberapa batalion tentera” untuk membantu operasi d Tebing Barat. – AFP, 13 Disember, 2018
Komen