Israel tembak penduduk Palestin terlibat tembak 7 rakyatnya


Tujuh penduduk Israel ditembak, termasuk seorang wanita mengandung yang kemudiannya kematian bayi dalam kandungan mencetuskan operasi memburu penembak di seluruh Tebing Barat. – Gambar EPA, 13 Disember, 2018.

PASUKAN keselamatan Israel semalam menembak mati seorang warga Palestin yang disyaki menembak tujuh warga Israel termasuk seorang wanita mengandung.

Pasukan Keselamatan Shin Bet dalam satu kenyataan berkata seorang suspek bernama Salah Omar Barghouti yang cuba mengelak ditangkap ketika serbuan di perkampungan di Tebing Barang ditembak mati.

Kenyataan tidak menyebut sama ada Barghouti adalah suspek penembak atau pensubahat. Kenyataan turut menyebut beberapa orang supspek lain turut ditangkap.

Pengumuman Shin Bet dibuat beberapa jam selepas Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berikrar sesiapa yang melakukan tembakan berhampiran perkampungan Yahudi di Tebing Barat yang ditakluk Israel akan diburu dan dibawa ke muka pengadilan.

Awal Rabu lalu, sebuah hospital Baitulmaqdis mengumumkan kematian seorang bayi lelaki yang dilahirkan melalui pembedahan selepas ibunya yang mengandung 30 minggu ditembak. – AFP, 13 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen