MAHKAMAH Kesatuan Eropah (EU) pada Rabu menolak permohonan bekas presiden Mesir Hosni Mubarak untuk menghentikan pembekuan asetnya di Eropah berikutan penggulingannya ketika revolusi 2011.
Negara Kesatuan Eropah mengenakan sekatan ke atas Mubarak dan keluarganya pada Mac 2011 berdasarkan saman yang difailkan terhadap mereka di Mesir kerana didakwa menyeleweng dana negara berkenaan.
Selepas negara berkenaan memperbaharui sekatan pada 2017 dan 2018, Mubarak meminta Mahkamah Agung EU untuk memansuhkannya.
“Dalam penghakiman hari ini, Mahkamah menolak tindakan itu dan meneruskan keputusan Majlis pada 2017 dan 2018 untuk membekukan aset,” kata mahkamah di Luxembourg.
“Pembaharuan keputusan itu merupakan sebahagian daripada dasar pihak berkuasa Mesir sebagai sokongan kepada demokrasi,” menurut mahkamah berkenaan. – AFP, 12 Disember, 2018
Komen