7 kubur besar ditemui di kubu kuat IS 


Dua lelaki menggali sebuah kubur besar untuk mengeluarkan mayat yang didakwa milik mangsa kekejaman IS di Syria. – Gambar EPA, 12 Disember, 2018

TUJUH kubur besar yang mengandungi ratusan mayat yang tidak dikenali digali berhampiran bekas kawasan kubu kuat IS di Albu Kamal di timur Syria, menurut laporan agensi berita SANA.

Kebanyakan kibur berkenaan mengandungi lebih 100 mayat setakat ini di tapak yang dipercayai pernah menjadi kawasan penyeksaan tahanan sebelum dibunuh, katanya, menuduh IS membunuh semua mangsa.

Kerja-kerja penggalian untuk mengeluarkan kesemua mayat itu giat dijalankan di wilayat timur Deir Ezzor, menurut SANA dalam laporan yang diterbitkan pada Selasa.

Ia turut menyiarkan rakaman video yag menunjukkan pakar forensik sedang mengekuarkan semua mayat dan rangka.

“Selepas memeriksa mayat berkenaan, didapati kebanyakan mangsa dibunuh dengan ditembak di kepala, manakala tangan mereka diikat,” kata anggota tentera yang tidak dikenali di dalam video berkenaan.

IS bertanggngjawab terhadap banyak kes keganasan, termasuk pembunuhan beramai-ramai serta mencacatkan anggota badan tahanan.

Sejak beberapa bulan lalu, Syria dan Iraq berjaya menemui puluhan kubur besar di kawasan yang pernah diduduki pemberontak. – AFP, 12 Disember, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen