Suspek tembak Strasbourg pernah dipenjara di Jerman kerana mencuri 


Anggota keselamatan Perancis meningkatkan kawalan di kawasan pasar Christmas yang menjadi tumpuan ribuan pengunjung setiap hari selepas insiden tembakan. – Gambar EPA, 12 Disember, 2018

SUSPEK insiden tembak di pasar Christmas di Strasbourg, Perancis pernh dipenjara di Jerman kerana mencuri sebelum diusir ke Perancism kata oihak berkuasa Jerman.

Suspek berusia 29 tahun itu menjalani hukuman penjara selama dua tahun tiga bulan kerana mencuri di bandar Mainz dan negeri Baden-Wuerttemberg pada 2016.

“Dia menjalani hukuman penjara di Jerman sebeum diusir ke Perancis,” kata jurucakap kementerian dalam negeri Baden-Wuerttemberg kepada AFP.

Menurut akhbar Tagesspiegel, lelaki terbabit memecah masuk sebuah klinik gigi di Mainz, Rhineland Palatinate pada 2012 dan melarikan wang tunai, stem serta emas yang digunakan untuk menampal gigi.

Empat tahun kemudian, dia memecah masuk ke sebuah farmasi di pekan Engen, Lake Constance, Baden-Wuerttemberg dan melarikan wang tunai.

Pihak berkuasa Jerman memburu pelarian berkenaan di sepanjang wilayah sungai Rhine, kata jurucakap kementerian itu.

“Namun, kami masih tidak percaya dia boleh menyeberang masuk ke negara berkenaan,” tambahnya. 

Suspek melepaskan tembakan di pasar Christmas Strasbourg yang terkenal pada petang Selasa. 

Insiden itu menyebabkan tiga orang terbunuh manakala 13 lagi cedera. – AFP, 12 Disember, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen