Indonesia haramkan iklan kumpulan K-pop berskirt pendek


Iklan Shopee menampilkan kumpulan K-pop Blackpink berskirt pendek diharamkan di Indonesia. – Gambar AFP, 12 Disember, 2018.

IKLAN televisyen menampilkan ahli kumpulan K-pop Blackpink berskirt pendek diharamkan untuk siaran di Indonesia, mencetuskan kemarahan peminat.

Suruhanjaya Penyiaran Indonesia mengarahkan 11 stesen televisyen tempatan mengeluarkan iklan itu semalam, dengan alasan ia tidak senonoh.

Arahan itu dibuat susulan petisyen ditandatangani lebih 100,000 orang meminta suruhanjaya itu membatalkan iklan berkenaan.

Iklan itu menampilkan empat ahli kumpulan gadis Korea itu menyanyi dan menari mempromosikan Shopee, satu rangkaian jualan online di Indonesia.

Badan pemantau penyiaran Indonesia berkata iklan itu membawa moral buruk kepada negara majoriti Islam itu. – AFP, 12 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen